Penubuhan/ Pendaftaran Syarikat di Malaysia

Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya.

Syarikat hendaklah mempunyai:

  • sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri daripada orang yang sama); dan
  • seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat.

Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia.

Tatacara Penubuhan

Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:-

  • Lengkapkan Borang 13A
  • Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan
  • Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah:
  1. a) Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan (Artikel)
  2. i) Salinan asal disetemkan sebanyak RM100 pada Memorandum dan RM100 lagi pada Artikel Persatuan di mana-mana pejabat setem.
  3. ii) Pengarah dan setiausaha syarikat pertama hendaklah dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan.

iii) Memorandum dan Artikel Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang atau lebih pengasas syarikat di hadapan seorang saksi.Sesebuah syarikat yang mempunyai modal syer boleh diperbadankan sebagai syarikat sendirian jika Memorandum dan Artikel Persatuan

  • menghadkan hak untuk memindah milik syer;
  • menghadkan tidak lebih daripada lima puluh bilangan ahli-ahlinya;
  • melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli apa-apa syer atau debentur syarikat; dan
  1. iv) melarang apa-apa pelawaan kepada awam supaya mendeposit wang dengan syarikat untuk tempoh yang ditetapkan.
  2. b) Borang 48A – Akuan Berkanun sebelum dilantik menjadi pengarah atau pengasas syarikat. Akuan berkanun ini adalah sebagai perakuan bersumpah oleh setiap pengarah atau pengasas bahawa dirinya bukanlah seorang bankrap; dan dirinya tidak pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. Perakuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan orang-orang yang diberi kuasa seperti berikut:
  • Pesuruhjaya Sumpah;
  • Yang Di Pertuan Mahkamah Majistret; atau
  • Mereka yang diberi kuasa di bawah Akta Perakuan Berkanun 1960 (Statutory Declaration Act 1960).
  1. c) Borang 6 – Akuan Pematuhan. Akuan Pematuhan ini menyatakan segala peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 telah dipatuhi. Akuan ini mesti ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan yang bertanggungjawab ke atas pendaftarannya.
  2. d) Borang 13A yang asal
  3. e) Salinan surat kelulusan nama syarikat
  4. f) Salinan kad pengenalan pengarah dan setiausaha syarikat.

Perakuan Pemerbadanan

Apabila dokumen-dokumen di atas telah dimajukan dan didapati sempurna untuk didaftarkan, sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat seperti di bawah dikeluarkan:

  • Borang 8 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat awam
  • Borang 9 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat sendirian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *